Kemalangan ngeri 7 kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan, seorang dipercayai maut

Kemalangan itu menyebabkan trafik sesak sejauh lima kilometer dengan lorong tengah, kanan dan kiri terhalang

1:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Trafik Lebuhraya Utara Selatan sesak teruk sejauh lima kilometer (km) tengah malam ini, susulan kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.

PLUS Malaysia Berhad (Plus) menerusi kenyataan di platform X pada jam 12.45 tengah malam memaklumkan, kemalangan di Kilometer 452.8 arah selatan antara laluan Rawang ke Hospital Sungai Buloh itu membabitkan sebuah bas, lima kereta dan sebuah pacuan empat roda.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan lorong tengah, kanan dan kiri terhalang.

“Lorong tengah, lorong kanan dan lorong kiri masih terhalang. Trafik sesak lima kilometer di kedua-dua arah.

“Sila guna laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pandu cermat. Harap maklum,” katanya.

Makluman pertama mengenai kemalangan itu dimuat naik Plus di platform X pada jam 12.20 tengah malam.

Difahamkan, seorang pemandu meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala beberapa mangsa parah. – 6 April, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related