Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1712409045:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 257
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-157346
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-157346
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 185375
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => pasar tani MAEPS
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748420542";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748032029";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748420542
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:118:"Tinjauan Scoop di Pasar Tani MAEPS di sini pagi tadi mendapati suasana persiapan menyambut lebaran tidak semeriah dulu";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Tinjauan Scoop di Pasar Tani MAEPS di sini pagi tadi mendapati suasana persiapan menyambut lebaran tidak semeriah dulu
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Pasar tani MAEPS lengang, bukan sahaja pengunjung tapi peniaga pun dah balik kampung beraya | Scoop

Pasar tani MAEPS lengang, bukan sahaja pengunjung tapi peniaga pun dah balik kampung beraya

Tinjauan Scoop di Pasar Tani MAEPS di sini pagi tadi mendapati suasana persiapan menyambut lebaran tidak semeriah dulu

9:00 PM MYT

 

SERDANG – Kebiasaannya, pasar tani antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai menjelang minggu terakhir Ramadan untuk membeli barang mentah bagi persiapan menjelang Aidilfitri.

Namun tinjauan Scoop di Pasar Tani MAEPS di sini pagi tadi mendapati suasana persiapan menyambut lebaran tidak semeriah dulu.

Kelihatan keadaan di pasar tani yang menjual barangan basah dan keperluan dapur itu sedikit lengang daripada kunjungan orang ramai kerana kebanyakannya sudah beransur pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal.

Menyedari keadaan itu, tidak ramai peniaga yang membuka gerai jualan mereka di pasar tani berkenaan hari ini.

Perkara itu turut diakui peniaga ikan, Amir Azba, 49, yang memaklumkan jumlah pengunjung berkurangan meskipun beberapa hari lagi umat Islam akan meraikan 1 Syawal.

Amir Azba menolak dakwaan keadaan pasar tani tersebut lengang disebabkan kenaikan harga barang ketika ini – Muslim Al Abid Baharuddin/Scoop, 6 April, 2024

Katanya, kebanyakan pengunjung yang datang ke situ terdiri daripada mereka yang beraya di sekitar Lembah Klang.

“Suasana pasar tani di bandar tidak semeriah di kampung. Sekarang ‘orang bandar’ ramai dah balik kampung.

“Yang datang ini pun orang yang akan beraya dekat rumah sendiri. Jadi mereka beli barang keperluan raya di sini. Itu sahaja sebabnya,” katanya.

Pada masa sama, Amir menolak dakwaan keadaan pasar tani tersebut lengang disebabkan kenaikan harga barang ketika ini.

“Kalau nak kata harga tak juga. Macam ikan, harganya sama sahaja. Tidak berubah pun sempena raya ini,” katanya.

Amir juga berkata, ramai peniaga di pasar tersebut sudah balik kampung menyebabkan banyak gerai ditutup hari ini.

“Di sini biasanya ramai sahaja peniaga, dekat 200 gerai buka. Tapi sekarang saya boleh cakap lebih kurang 10 peratus sahaja berniaga.

“Saya buka gerai ini pun sebab saya raya dekat sini saja. Jadi tiada masalah untuk saya berniaga pada minggu terakhir Ramadan ini,” katanya.

Peniaga kuih yang ingin dikenali sebagai Sam berkata, dia membuka gerai khusus untuk pelanggan yang akan beraya di kawasan bandar.

“Di sini setiap tahun, walaupun tidak ramai, ada sahaja pelanggan yang datang untuk beli barang keperluan saat akhir.

“Jadi saya ambillah peluang ini untuk jual sedikit kuih,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai, Nur Azizah, 51, berkata, dia sedikit kecewa kerana tidak dapat membeli barang keperluan raya di pasar tersebut kerana tiada banyak pilihan.

Nur Azizah sedikit kecewa kerana tidak dapat membeli barang keperluan raya di pasar tersebut kerana tiada banyak pilihan – Muslim Al Abid Baharuddin/Scoop, 6 April, 2024

“Saya datang ke sini nak beli halia, bawang dan sayur, semua untuk persediaan raya nanti. Tapi saya datang hari ini tak banyak pula pilihan yang ada. Selalunya hari lain ramai yang berniaga.

“Saya memang raya dekat sini sahaja, jadi beli barang keperluan dekat-dekat sini. Kalau bukan dekat pasar tani ini, saya selalu pergi ke De Centrum Mall. Harganya agak berpatutan selain banyak pilihan,” katanya.

Pasangan suami isteri dari Kuala Langat, Mashrifa Abdul Shukor dan Esukarni Kamruddin berkata, mereka datang ke pasar tersebut kerana ingin mencari daun maman.

Mashrifa Abdul Shukor dan Esukarni Kamruddin pergi ke pasar tersebut kerana ingin mencari daun maman – Muslim Al Abid Baharuddin/Scoop, 6 April, 2024

“Saya pertama kali datang ke sini sebenarnya. Kami datang pun sebab nak cari daun maman untuk buat rendang. Kami jumpa gerai ini di Facebook, jadi kami datang ke sini untuk beli.

“Daun maman ni memang susah nak cari. Lepas tu harga dia pun dah makin naik sekarang. Dulu boleh dapat RM10 atau RM9 tapi sekarang lebih RM15. Walaupun mahal tapi raya setahun sekali kan, beli jelah,” katanya. – 6 April, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Related