Abim sertai gerakan #MZB365, promosi semangat harmoni dalam kalangan masyarakat

Inisiatif itu tidak hanya terhad ketika perayaan Aidilfitri, malah akan digerakkan sepanjang tahun

4:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan kebersamaan dalam mempromosikan budaya hidup secara damai dan harmoni menerusi gerakan Maaf Zahir Batin (#MZB365).

Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata inisiatif itu yang digerakkan bersama beberapa institusi dan Badan Masyarakat Sivil (CSO) tidak hanya terhad ketika perayaan Aidilfitri, malah akan digerakkan sepanjang tahun.

“Tradisi bermaaf-maafan yang sinonim dengan perayaan Aidilfitri mempunyai makna yang sangat mendalam. Ia bukan sekadar rutin. 

“Sebaliknya, ia gambaran kepada tekad seseorang untuk mengakui kekhilafan yang ada pada diri di samping keterbukaan untuk memaafkan orang lain untuk merintis jalan hidup damai pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yakin inisiatif #MZB365 yang berasaskan amalan memohon dan memberi maaf setiap hari, dapat menyegarkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Semalam, CSO dan Media di Malaysia bekerjasama memperkenalkan gerakan #MZB365 atau “Maaf Zahir Batin Hari-Hari” bagi tujuan melawan ungkapan kebencian etnik serta menggalakkan amalan memohon dan memberi maaf setiap hari.

Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian dalam kempen gerakan itu ialah Projek SAMA, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). – 7 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related