Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1712501698:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 222
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 185736
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-179455
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-179455
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:110:"Rata-rata memikirkan faktor kewangan, sebab itu para pekerja masih bergantung kepada pekerjaan mereka sekarang";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => boikot pekerja
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Rata-rata memikirkan faktor kewangan, sebab itu para pekerja masih bergantung kepada pekerjaan mereka sekarang
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749530422";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749772958";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749772958
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Boikot: Ada pekerja terima ancaman tetapi memilih untuk tidak ambil peduli | Scoop

Boikot: Ada pekerja terima ancaman tetapi memilih untuk tidak ambil peduli

Rata-rata memikirkan faktor kewangan, sebab itu para pekerja masih bergantung kepada pekerjaan mereka sekarang

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan boikot melibatkan beberapa perniagaan atau perusahaan bukan hanya memberi kesan kepada pendapatan kepada syarikat terlibat, malah ia juga mengundang gangguan emosi serta pendapatan golongan pekerjanya.

Untuk itu, bagi menambah ‘wang saku’ ekoran situasi yang membelenggu itu, hendak atau tidak, ada yang terpaksa mengorbankan cuti umum dengan bekerja.

Itu sahaja cara mereka bagi mendapatkan bayaran tambahan sebanyak dua kali ganda.

Biarpun ada yang berdepan ancaman atau ugutan daripada pelanggan susulan isu boikot sejak akhir-akhir ini namun mereka mengharapkan semua pihak faham mengenai situasi yang mereka hadapi kini.

Kebanyakan pekerja memberitahu mereka akan mengambil cuti bergilir-gilir pada musim perayaan di samping mendapatkan bayaran yang lebih – Gambar sekadar hiasan – Abdul Razak Latif/Scoop, 8 April, 2024

Berdasarkan tinjauan Scoop di sekitar kawasan Shah Alam dan Bangsar, kebanyakan pekerja yang terjejas itu memberitahu mereka akan mengambil cuti bergilir-gilir pada musim perayaan di samping mendapatkan bayaran yang lebih.

Bagi dua sahabat berusia 23 tahun, Mazwan Mohamad dan Isma Ismail, mereka menyifatkan bekerja pada hari cuti umum adalah menjadi penyelesaian sementara untuk memenuhi keperluan kewangan mereka.

“Setakat ini masih tiada yang diberhentikan berikutan isu boikot, namun ada sebahagian pekerja yang dipindahkan ke outlet yang lain yang lebih memerlukan tenaga kerja yang lebih.

“Kami faham perasan orang ramai berikutan isu boikot buat masa sekarang dan kami bersyukur dari segi keselamatan kami tidak mendapat sebarang ancaman atau ugutan daripada pelanggan sejak isu ini terjadi,” kata Mazwan.

Sementara itu seorang lagi pekerja, Muhammad Khairullah Sulaiman, 25, berkata, kawasan tempatnya bekerja iaitu di Bangsar tidak begitu terkesan dengan tindakan boikot kerana terletak di kawasan pejabat.

Ada pekerja yang mendapat kecaman daripada orang ramai secara peribadi bahkan dari keluarga sendiri tetapi memilih untuk tidak ambil peduli kerana memikirkan faktor kewangan peribadi – Gambar sekadar hiasan – Abdul Razak Latif, 8 April, 2024

“Dari segi bilangan pelanggan pula, turut meningkat dalam sekitar 30 peratus daripada permulaan isu boikot tercetus.

“Biasanya pada cuti umum agak kurang pelanggan di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Scoop di restoran makanan segera yang turut terkesan berikutan isu boikot di sekitar kawasan Shah Alam, pekerjanya tidak menyalahkan orang ramai berikutan isu itu yang memberi kesan terhadap gaji mereka.

Menurut mereka yang bekerja di syarikat berkenaan, ada pekerja yang mendapat kecaman daripada orang ramai secara peribadi bahkan dari keluarga sendiri tetapi memilih untuk tidak ambil peduli kerana memikirkan faktor kewangan yang masih bergantung kepada pekerjaan mereka sekarang. 

Walaupun sebahagian daripada mereka menyokong objektif boikot itu, mereka memilih untuk tetap berpegang kepada pendapatan mereka sambil mencari cara lain menyumbang kepada perubahan yang diinginkan. – 8 April, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related