Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1713695729:20
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Sultan Ibrahim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 280
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 186441
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:172:"Khutbah Aidilfitri  ‘Hakikat Kemenangan’ mengajak umat Islam memperbaiki hubungan sesama masyarakat, meninggalkan budaya label-melabel, caci-mencaci serta tuduh-menuduh";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750736501";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750736501
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Agong, Raja Permaisuri solat sunat Aidilfitri di surau utama Istana Negara | Scoop

Agong, Raja Permaisuri solat sunat Aidilfitri di surau utama Istana Negara

Khutbah Aidilfitri ‘Hakikat Kemenangan’ mengajak umat Islam memperbaiki hubungan sesama masyarakat, meninggalkan budaya label-melabel, caci-mencaci serta tuduh-menuduh

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 8.23 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri.

Solat sunat Aidilfitri berkenaan dipimpin Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.

Ini kali pertama Seri Paduka Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Hakikat Kemenangan’ dibacakan Munir antaranya menyeru umat Islam agar memanfaatkan keberkatan Aidilfitri untuk memperbaiki hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat.

Selain itu, hari raya juga merupakan peluang terbaik untuk memperbaiki hubungan sesama umat Islam dan meninggalkan budaya label-melabel, caci-mencaci dan tuduh-menuduh sesama sendiri.

“Hakikatnya kita semua bersaudara. Terkadang dipecahkan oleh hal-hal yang sangat remeh namun membawa kesan berpanjangan. Maka berusahalah memperbaiki hubungan sesama umat Islam atau kita berusaha menjadi pendamai kepada umat Islam yang berselisih,” katanya.

Selepas selesai solat sunat itu, Seri Paduka Baginda bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Solat berkenaan disertai kira-kira 200 jemaah.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian berkenan bersalaman dengan hadirin yang berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Dif Kenamaan. – 10 April, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related