Dalam kita bergembira sambut Aidilfitri, jangan lupa titip doa buat rakyat Palestin: Zahid

Timbalan Perdana Menteri turut menasihati mereka yang memandu untuk menziarahi sanak saudara atau sahabat agar mengamalkan pemanduan berhemah, menjaga keselamatan diri

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia agar tidak melupakan penderitaan rakyat Palestin dalam keriangan menyambut Aidilfitri hari ini.

“Dalam menyambut kemenangan kita dalam kegembiraan, mari kita titipkan doa buat saudara kita di Palestin. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan kurniakan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid juga menyeru rakyat agar memanfaatkan Aidilfitri sebagai platform bagi mengukuhkan perpaduan dan membentuk kebersamaan tanpa mengira agama dan kaum.

“Sudah semestinya amalan kunjung-mengunjung, bermaaf-maafan dan mendoakan antara satu sama lain serta merapatkan ukhuwah menjadi agenda utama setiap kali tibanya Aidilfitri.

“Inilah juga masanya untuk kita mengekalkan semangat perpaduan sesama kita,” katanya.

Beliau seterusnya menasihati mereka yang memandu untuk pulang ke kampung atau memulakan perjalanan bagi menziarahi sanak saudara atau sahabat pada musim perayaan ini agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan menjaga keselamatan diri. – 10 April, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related