Ada yang teruskan puasa hari ini? Wanita dakwa mahu cukupkan 30 hari Ramadan

Dakwanya, ini kerana Rasulullah bersabda supaya menyempurnakan atau menggenapkan bulan Ramadan menjadi 30 hari

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketika kebanyakan umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri hari ini, seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi, ada segelintir yang bertindak sebaliknya.

Melalui status seorang wanita di Facebook, dia mendakwa mahu mencukupkan puasa 30 hari dan akan menyambut Aidilfitri esok (11 April, 2024).

Statusnya yang tertulis ‘Alhamdulillah, kami genapkan 30 hari dengan yakin. PD, Perlis nampak dengan mata teleskop berkuasa tinggi, bukan dengan mata kasar manusia’ tular di kebanyakan platform media sosial.

Wanita itu mendakwa, kepada umat Nabi Muhammad SAW yang ingkar dan derhaka, bersedialah untuk ‘menjawab di hadapan Allah SWT kelak’.

Wanita itu mendakwa, kepada umat Nabi Muhammad SAW yang ingkar dan derhaka, bersedialah untuk ‘menjawab di hadapan Allah SWT kelak’ – Tangkapan layar, 10 April, 2024

Dakwanya, ini kerana Rasulullah bersabda supaya menyempurnakan atau menggenapkan bulan Ramadan menjadi 30 hari.

“Kepada yang masih ragu-ragu, was-was, tetapi ingin mencari sebuah kebenaran, dengarkan syarahan ulamak tersohor Tuan Guru Baba Ghazali Sekam al Fathoni al Azhari,” dakwanya.

Wanita itu mengakhiri tulisannya di Facebook dengan nota: “30 Ramadan 1445H”.

Dalam pada itu, seorang individu yang memberikan komen mengenai situasi tersebut berkata, walaupun ada pihak yang masih mahu menggenapkan puasa mereka sebanyak 30 hari bagi Ramadhan 1445H ini, itu terpulang kepada mereka.

“Sejauh mana perselisihan dalam isu furuk ilmiah yang hangat di Malaysia, sekurang-kurangnya ia masih lagi dalam kawalan kerana adanya pihak berkuasa yang tegas.

“Ketegasan pihak berkuasa ini, insya-Allah, mampu membendung sikap melampau mana-mana pihak yang bertelagah,” katanya. – 10 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related