Anak, cucu pemimpin Hamas terkorban: Na’im kutuk serangan Israel tidak berperikemanusiaan

Mendoakan supaya Ismail tabah berdepan ujian besar itu, Na’im turut menganggap serangan berkenaan amat mendukacitakan dalam suasana umat Islam meraikan Aidilfitri

7:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera Israel ke atas Palestin, sehingga mengorbankan beberapa ahli keluarga pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh.

Beliau berkata, serangan itu amat mendukacitakan dan sangat tidak berperikemanusiaan dalam suasana umat Islam meraikan Aidilfitri.

Katanya, rejim Zionis Israel terus tidak mempedulikan suara dunia yang mengutuk perbuatan zalim mereka.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada Ismail Haniyeh.

“Semoga beliau terus tabah dengan ujian besar ini. Tentunya ia sama sekali tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi Palestin,” katanya.

Na’im berkata, umat Islam diminta berdoa semoga rakyat Palestin terus diberikan kekuatan dan kesabaran tinggi berhadapan dengan rejim Zionis Israel.

“Sesungguhnya doa kita semua amat bermakna tanda kesatuan hati kita semua,” katanya.

Terdahulu, Ismail memaklumkan, tiga anak lelakinya dan beberapa cucu terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataannya berhubung insiden mengorbankan anaknya itu, beliau berkata, ia tidak akan mengubah tuntutan gencatan senjata kekal.

Semua orang dan keluarga di Gaza, ujarnya, membayar dengan harga mahal untuk menuntut gencatan senjata kekal, iaitu darah dan beliau seorang daripada mereka.

“Tuntutan kami jelas dan khusus. Musuh sedang ‘berkhayal’ jika mereka berfikir dengan menyasarkan anak-anak saya ketika kemuncak rundingan dan sebelum gerakan ini, ia akan mendorong Hamas mengubah kedudukan,” kata Ismail. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related