Kemalangan KM306.1 PLUS arah selatan: Seorang lagi warga Bangladesh maut

Mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan

12:23 AM MYT

 

IPOH — Seorang lagi warga Bangladesh yang terbabit nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan semalam meninggal dunia semalam, menjadikan keseluruhan empat mangsa maut setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud yang mengesahkan perkara itu berkata Mohammad Sohel, 24, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

“Mangsa mengalami kecederaan di perut, kepala serta tangan kiri akibat daripada kemalangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rabu lalu, tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan.

Dalam kejadian pukul 1.49 tengah hari itu, tiga penumpang MPV itu, Abdullah Mohammad, 31, Ali Askar serta Md Sohel Miah maut di lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, pemandu Md Kobir Hossain, 32, dan tiga lagi penumpang Md Saiful Islam, 25, Md Raju Miah, 27, dan Sohel Rana, 30, tidak mengalami kecederaan.

Mohamad Nazri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related