Anggota polis ditahan bantu siasatan kes remaja maut rempuh kenderaan polis

Polis turut menerima enam laporan berkaitan insiden tersebut setakat ini dan tiga rakaman percakapan dirakamkan daripada saksi serta keluarga mangsa

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja dipercayai akibat dirempuh kenderaan milik polis, di Jalan Gangsa–Kesang, Durian Tunggal pada 12 April lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ujian saringan awal juga dijalankan dan mendapati anggota polis itu bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah.

Polis juga, katanya menerima enam laporan berkaitan insiden tersebut setakat ini dan tiga rakaman percakapan dirakamkan daripada saksi serta keluarga mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Melaka pada 11 April, jam 12.37 tengah malam.
“Kes ini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu sehingga menyebabkan kematian.

“Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 sehingga RM50,000,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 40 saat memaparkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas dipercayai merempuh kenderaan polis dalam rondaan Op Cegah Lumba Haram di Jalan Gangsa-Kesang, Durian Tunggal di sini pada awal 1 Syawal, semalam.

Dalam kejadian jam 2.56 pagi itu, mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia akibat kecederaan dalaman, selain patah kaki dan paha dalam kejadian 2.56 pagi itu.

Zainol juga menegaskan siasatan akan dijalankan secara telus dan profesional serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dapat menghubungi polis. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related