BNM pastikan pasaran kewangan negara kekal teratur di sebalik konflik Asia Barat

BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan

8:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan negara kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap.

Menurut bank pusat itu, operasi pasaran BNM juga akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.

“Hal ini disokong oleh inisiatif berterusan yang sedang dilaksanakan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat korporat dan pengeksport untuk terus membawa masuk aliran dan mudah tunai ke dalam pasaran pertukaran asing.

“BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BNM memaklumkan, ia telah mengadakan sesi libat urus dengan peserta pasaran kewangan, termasuk ketua operasi perbendaharaan, yang bersetuju bahawa sebarang ketidakpastian akan berkurang dan menjadi stabil apabila keadaan ketegangan geopolitik semakin reda.

Malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan sedang memantau rapat perkembangan ketegangan di Asia Barat dan kedudukan pasaran kewangan negara susulan konflik itu.

Beliau berkata, pemantauan itu termasuk mengenai potensi dampak ke atas Malaysia.

Katanya, kerajaan akan bertindak bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara, selain mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat.

Iran melancarkan serangan ke atas Israel dengan ia menjadi konflik terbaharu di Asia Barat, selepas kemelut peperangan antara Israel dengan Palestin yang masih berterusan sejak Oktober tahun lalu.

Tindakan Iran terbabit menyaksikan puluhan dron dan peluru berpandu dilancarkan ke wilayah dijajah zionis, sebagai ‘balas dendam’ terhadap serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu yang mengorbankan tujuh Pengawal Revolusi termasuk dua jeneral.

Iran menyatakan bahawa ia tindakan membela diri berdasarkan kepada Piagam 51 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related