Konvensyen Khas PKR sempena ulang tahun ke-25 diawalkan kepada Ahad ini: Fahmi

Sebelum ini PKR menetapkan selepas konvensyen khas itu, Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan akan diadakan pada 11 Mei 2024

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Konvensyen Khas 25 Tahun PKR yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada hari Ahad ini.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata lokasi program itu turut ditukar dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

“Tarikh asal pada 28 April, tapi diawalkan pada 21 April dan lokasi baharu di IDCC,” katanya ringkas kepada Bernama, hari ini.

Sebelum ini PKR menetapkan selepas konvensyen khas itu, Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot di sini.

Malam Sambutan 25 Tahun itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related