Ugut pelanggan restoran makanan segera: Penjawat awam, peniaga antara 5 ditahan

Sebelum ini dilaporkan beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran makanan segera telah memanggil mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya

8:47 PM MYT

 

KUANTAN – Polis menahan lima lelaki termasuk seorang penjawat awam dan peniaga bagi membantu siasatan kes ugutan dan provokasi terhadap seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap di sini Jumaat lepas. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam di sini. 

“Beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau antaranya kesalahan berkaitan dadah.

“Kesemua mereka kini direman hingga 17 April bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Wan Mohd Zahari sebelum ini dilaporkan berkata beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran makanan segera telah memanggil mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap lelaki itu kira-kira pukul 10.25 malam Jumaat lepas. 

Ketika mangsa menghampiri kumpulan lelaki berkenaan, dia telah diugut akan dipukul menggunakan topi keledar, namun situasi itu telah dileraikan isteri mangsa. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada Sabtu. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related