Anwar watak utama jayakan ‘misi gila’ bawa keluar keluarga saya dari Gaza: Nadir Al-Nuri

Nadir menggelar misi itu ‘Misi Gila’ kerana bukan mudah dikeluarkan keluarganya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus

11:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis sosial Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha mengeluarkan isteri dan keluarganya dari Gaza, Palestin yang dilanda perang.

Dalam catatan di Facebooknya, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, Anwar berjaya menggunakan cara diplomatik untuk mengeluarkan mereka dari zon konflik.

“Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby Mapim diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau (Anwar) ke Berlin.

“Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respons ringkas ‘saya akan bantu’ dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya.

“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun, dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada Allah jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan serahkan segalanya kepada Allah,” tulisnya.

Nadir berkata, sehari sebelum Aidilfitri, dia dihubungi Setiausaha Politik Anwar, Farhan Fauzi, individu penting yang mengusahakan misi itu.

“Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami, bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di Gaza.

“Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie (filem).

“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan,” katanya.

Beliau juga menamakan Perdana Menteri sebagai insan utama dalam misi berkenaan.

“Misi ini saya katakan ‘Misi Gila’ kerana bukan mudah dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan berlanjutan.

“Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana, ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah lain,” katanya.

Sebelum ini, Nadir meninggalkan Gaza kerana beberapa urusan di Malaysia sebelum konflik Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober lalu.

Sejak itu, dia terpisah dengan isteri dan anak serta hanya sekali sekala dapat berkomunikasi dengan mereka, akibat gangguan rangkaian telekomunikasi dan liputan internet.

Pada Mei 2016, Muhammad Nadir berkahwin dengan balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi yang memiliki beberapa anak, selepas mengenalinya selama tiga tahun. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related