Sanusi nafi berpoligami, ‘Belum lagi, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya’

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Sanusi sudah berkahwin lain secara senyap bersama seorang wanita

5:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan kononnya beliau bernikah lagi satu seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Sanusi berkata, buat masa ini belum berhasrat untuk berpoligami tetapi tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh.

“Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu ada jodoh? Kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya.

“Orang Sik, orang Alor Setar ka,” katanya dalam nada berseloroh ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeneri berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik dekat Sik, Kedah hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Sanusi sudah berkahwin lain secara senyap bersama seorang wanita.

Beliau turut memuat naik status di laman Facebooknya kelmarin, mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan catatan ‘Dok (berada di) Pahang’.

Status itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dan komen dalam kalangan pengikutnya di media sosial tersebut. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related