Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1713341053:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 392
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 188541
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:139:"Terdahulu, media melaporkan Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri tersebut menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => najib razak
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pengendali Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila kerajaan ingkar perintah Yang di-Pertuan Agong ke-16
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749479611";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749837681";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749837681
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Amat zalim sekali kerajaan ingkar titah Agong: Pengendali FB Najib | Scoop

Amat zalim sekali kerajaan ingkar titah Agong: Pengendali FB Najib

Terdahulu, media melaporkan Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri tersebut menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengendali Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila kerajaan ingkar perintah Yang di-Pertuan Agong ke-16 agar beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

“Adalah amat zalim sekali bahawa kerajaan ingkar titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk halang Najib yang sudahpun berumur 71 tahun daripada menyambut hari raya bersama keluarga di rumah sendiri.

“(Ini) hanya sebab kesalahannya ialah bukan hak dia untuk sedekahkan RM42 juta dari dana yang memang sudah dilulus dan dibayar untuk kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan saksi kritikal yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonannya mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, disahkan ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Zahid menyokong dakwaan Najib berhubung dakwaan kewujudan titah adendum (tambahan) agar dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

“Zahid yang juga Presiden Umno menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari tahun lalu.

Ahmad Zahid berkata, beliau melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca Titah Adendum dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia adalah sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang menjadi tambahan kepada titah utama, kedua-duanya bertarikh 29 Januari 2024.

“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong (ketika itu).

“Saya juga percaya, selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain sudah melihat Titah Adendum itu. Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga sudah melihat salinan Titah Adendum dan boleh mengesahkan perkara sama,” katanya.

Afidavit itu boleh dimuat turun oleh orang awam menerusi laman web e-Kehakiman. -17 April, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related