Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1713503254:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 312
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 189202
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => buang beras
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750106788";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:8;i:1;i:20;i:2;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749975381";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750106788
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:161:"Beras serta barangan lain  dicemari bubuk atau kutu beras dan tidak sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai, menyebabkan ia dibuang di tempat pembuangan sampah";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Beras serta barangan lain dicemari bubuk atau kutu beras dan tidak sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai, menyebabkan ia dibuang
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Barang ini sudah rosak, dibeli dengan peruntukan peribadi sebelum PRU-15: Bekas MP Kuala Krau | Scoop

Barang ini sudah rosak, dibeli dengan peruntukan peribadi sebelum PRU-15: Bekas MP Kuala Krau

Beras serta barangan lain dicemari bubuk atau kutu beras dan tidak sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai, menyebabkan ia dibuang di tempat pembuangan sampah

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barangan makanan termasuk beras, tepung, sardin dan gula dibuang di tempat pembuangan sampah di Pahang selepas ia didapati tercemar susulan penemuan beberapa ekor bangkai tikus dalam stor simpanan.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said ketika menjelaskannya berkata selain itu beras serta barangan lain juga dicemari bubuk atau kutu beras dan tidak sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai, menyebabkan ia dibuang di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Temerloh, Pahang

Sambil memaklumkan beliau mengambil tanggungjawab penuh di atas isu yang kini tular di media sosial, Ismail yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berkata barang itu disediakan menggunakan peruntukan peribadi sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU-15) pada 2022.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, pembelian barangan dapur ini tidak melibatkan peruntukan kerajaan dan tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh Covid-19 atau persiapan menghadapi banjir – Gambar Facebook, 19 April, 2024

“Ketika itu dalam tempoh berkempen dan tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

“Pembelian barangan dapur ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang dan tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh Covid-19 atau persiapan menghadapi banjir,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai puluhan kampit beras, sardin, tepung dan gula dibakar di sebuah tapak pelupusan sampah di Kuala Krau, Pahang sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

Mengulas lanjut, jelasnya, beliau menerima aduan daripada jiran yang memaklumkan mengenai bau busuk di tempat stor simpanan barang tersebut pada 5 April lalu.

“Sebahagian daripada beras ini diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi dilupuskan,’’ katanya.

Ismail turut memohon maaf di atas kekhilafan dalam pemantauan cara pelupusan barangan dapur itu.

Dalam pada itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang Sharudin Hamid pada sidang media hari ini memberitahu tapak pelupusan sampah itu beroperasi tanpa kelulusan pihaknya.

Beliau berkata SWCorp telah mengambil tindakan dengan menutup sementara tapak berkenaan sehingga siasatan melibatkan beberapa pihak selesai.

Menurut Sharudin pihak terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) kerana melonggokkan sisa pepejal terkawal di kawasan tidak dibenarkan.

Sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, katanya. – 19 April, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related