Kerajaan pertimbang bawa pulang rakyat Malaysia di Iran: Perdana Menteri

Perbincangan akan diadakan dengan Wisma Putra petang ini bagi melihat langkah dan tindakan selanjutnya

4:27 PM MYT

 

KAJANG – Kerajaan mempertimbang untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Iran sekiranya konflik antara negara itu dengan Israel bertambah tegang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan akan diadakan dengan Wisma Putra petang ini bagi melihat langkah dan tindakan selanjutnya.

Katanya, ia susulan laporan antarabangsa berhubung peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai lokasi di Iran sekali gus meningkatkan ketegangan.

“Petang ini kita akan bincang dengan Menteri Luar, kalau ada keadaan cemas, kita akan bawa pulang (rakyat Malaysia),” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran.

Agensi berita Iran FARS dilaporkan berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran, tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa tindakan zionis Israel yang zalim menyerang Pejabat Kedutaan Iran di Damsyik, Syria melanggar semua peraturan antarabangsa.

“Tetapi kalau tengok naratif negara Barat hampir sama sekali tidak ada bantahan.

“Iran gunakan alasan itu untuk serang walaupun keadaan terkawal. Israel menggunakan naratif ini hanya jawapan tindak balas Israel terhadap Iran.

“Pertama, pendirian kita mesti mengutuk serangan terhadap kedutaan. Kedua, kita mahu kedamaian. Ramai terkesan bukan sahaja di Asia Barat, dunia Arab, bahkan seluruh dunia,” katanya.

Anwar berkata, konflik tersebut juga menyebabkan harga minyak melambung tinggi selain kos pengangkutan meningkat.

“Sebab itu kita desak supaya dijamin keamanan dan hentikan tindakan agresif keganasan Israel yang terus berlaku kerana keengganan kuasa besar mengawal tindakan zalim, ganas dan agresif Israel,” katanya. – 19 April, 2024

Topics

 

Hangat

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related