Jenazah Tun Hanif Omar tiba di Masjid Negara

Terdahulu, kediaman Mohammed Hanif di Shah Alam dikunjungi orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terhadap Allahyarham

11:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar tiba di Masjid Negara pada jam 11.05 minit pagi untuk disembahyangkan.

Terdahulu, kediaman Mohammed Hanif di Shah Alam dikunjungi orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terhadap Allahyarham.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Sebelum itu, Razarudin mengesahkan jenazah Mohammed Hanif akan dikebumikan di Makam Pahlawan.

Menurutnya, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mengebumikan Allahyarham di Makam Pahlawan, hari ini.

“Beliau adalah Ketua Polis Negara yang keempat di mana beliau sangat bijak mengurus pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika itu.

“Dalam masa sama beliau juga sangat membantu kerajaan yang memerintah ketika itu,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Razarudin berkata, beliau dan keluarga juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga Mohammed Hanif.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85, adalah Ketua Polis Negara keempat dan pernah memegang jawatan itu selama 20 tahun iaitu dari 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada jam 2.15 pagi tadi. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related