Pemimpin negara ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar

Tun Hanif yang juga Ketua Polis Negara paling lama, dianggap memiliki jasa dan sumbangan amat besar serta bernilai kepada negara

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohammed Hanif Omar atas pemergian bekas Ketua Polis Negara itu akibat penyakit buah pinggang, awal pagi tadi.

Menerusi Facebook, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah,” katanya.

Menerusi Facebook, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, mendoakan semoga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar ditempatkan dalam kalangan orang beriman – Tangkapan layar, 20 April, 2024

Terdahulu, anak Mohammed Hanif, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar memaklumkan, bapanya meninggal dunia pada jam 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan kemudian dibawa ke Masjid Negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumi.

Allahyarham Mohammed Hanif, 85, dilantik sebagai Ketua Polis Negara keempat dan memegang jawatan itu selama 20 tahun, iaitu dari 1974 sebelum bersara secara rasmi 16 Januari 1994.

Dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif terlibat dalam menangani beberapa insiden keselamatan.

Ia termasuk krisis tawanan Bangunan AIA pada tahun 1975.

Malah, Allahyarham mengasaskan unit antipengganas Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menamakan Balai Polis Bluff Road menjadi kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman

Allahyarham meninggalkan isteri, Toh Puan Hamidah Abdul Hamid serta lima anak.

Sementara itu, ucapan takziah dizahirkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau menyifatkan Allahyarham Mohammed Hanif yang juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat di Malaysia, memiliki jasa besar kepada negara.

“Innalillahiwainnailayhiraji’un. Menerima khabar duka pagi ini atas pemergian Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar, Ketua Polis Negara keempat yang pulang ke rahmatullah pagi ini.

“Allahyarham adalah Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat di Malaysia. Jasa dan sumbangan beliau kepada negara amat besar dan sungguh bernilai,” katanya.

Saifuddin mewakili seluruh keluarga besar Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Marilah sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa, diterima amalan dan ditempatkan di syurga bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah,” katanya. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related