Perselisihan faham punca lelaki sindrom Down disimbah air panas

Wanita itu direman sehingga Rabu dan kes disiasat Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan

1:21 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Siasatan polis mendapati perselisihan faham disyaki menjadi punca kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan, disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihaknya mendapati wanita berusia 39 tahun itu bertindak sedemikian kerana perselisihan faham yang berlaku antara mereka sebelum ini.

“Berdasarkan siasatan, wanita itu dan mangsa saling mengenali antara satu sama lain kerana mereka tinggal di bangunan yang sama di pangsapuri tersebut.

“Siasatan setakat ini, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa yang melibatkan perkara sensitif, ia sudah berlaku lama iaitu dalam tempoh tiga atau empat tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamarul Rizal berkata pihaknya ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk melengkapkan kertas siasatan kes tersebut sebelum menyerahkannya kepada pejabat pendakwaan untuk tindakan seterusenya.

Beliau berkata siasatan awal setakat ini mendapati wanita yang bekerja sebagai pembantu jualan itu juga tidak mempunyai masalah kesihatan mental, namun polis akan menghantar mangsa untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini polis telah merakamkan percakapan tiga orang saksi bagi membantu siasatan kes itu dan mangsa yang dilaporkan stabil masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang(HPP),” katanya.

Beliau berkata wanita itu direman sehingga Rabu dan kes disiasat Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Media sebelum ini melaporkan insiden itu berlaku ketika mangsa, 33, ingin pulang ke rumahnya di tingkat 16 dan dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik perempuannya pada kira-kira 9.20 pagi semalam.

Berdasarkan laporan oleh adik perempuan mangsa, lelaki sindrom Down itu mendakwa telah disimbah asid oleh seorang wanita, ketika berada di dalam lif hingga melecur pada bahagian badan.

Mangsa telah dibawa ke HPP untuk menerima rawatan dan pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Video insiden dalam lif yang berdurasi 20 saat itu turut tular di media sosial dan warga maya mengecam tindakan wanita tersebut. – 22 April, 2024

Topics

 

Hangat

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related