Taiwan dilanda gempa bumi lagi

Wartawan di negara berkenaan memaklumkan, mereka boleh merasai bangunan ‘bergoyang’

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas kira-kira tiga minggu dilanda gempa bumi kuat pada 2 April lalu, Taiwan berdepan bencana sama hari ini dengan gegaran berukuran 5.5 pada skala Richter.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi sederhana pada jam 8.04 pagi itu, dikesan dengan kedalaman 10 kilometer (km) dan pada jarak 71km tenggara dari Taichung, Taiwan.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, AFP News Agency melaporkan, berdasarkan agensi cuaca setempat, ia siri gempa bumi terkini yang menggegarkan kawasan berkenaan sejak tengah hari Isnin.

“Wartawan AFP memaklumkan mereka boleh merasai bangunan ‘bergoyang’,” katanya.

Terdahulu, gempa bumi pada 2 April lalu yang direkodkan sebagai terbesar dalam tempoh 25 tahun melanda Taiwan, mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera.

Gempa bumi magnitud 7.4 di Taiwan itu, turut merosakkan puluhan bangunan sehingga mendorong amaran tsunami sehingga ke Jepun dan Filipina. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related