Nahas Lumut: Tiga jenazah selesai bedah siasat

Sumber TLDM memaklumkan, proses bedah siasat semua jenazah dijangka selesai selewat-lewatnya jam 2 petang ini

11:53 AM MYT

 

IPOH – Tiga daripada 10 jenazah mangsa korban nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) difahamkan sudah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pagi tadi.

Sumber TLDM memaklumkan, proses bedah siasat semua jenazah dijangka selesai selewat-lewatnya jam 2 petang ini.

Kemudian, lapan jenazah Muslim akan dibawa ke Masjid Kem Rejimen Askar Melayu ke-23 di sini untuk disembahyangkan dan diberi istiadat rasmi TLDM, sebelum ke lokasi pengebumian seperti permintaan keluarga masing-masing.

Manakala jasad mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan akan dibawa ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak dan mendiang Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Kenderaan TLDM yang membawa kelengkapan jenazah tiba di pekarangan Jabatan Forensik HRPB bagi pengurusan kru terkorban dalam insiden itu. 

Sementara itu, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dilihat tiba di Jabatan Forensik pada kira-kira jam 11 pagi tadi. – 24 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related