PRK KKB: PN main isu DAP untuk menang, ‘Umno dan PAS tidak sama’

Puad berkata, perkara itu dapat dilihat jelas pada hari penamaan calon, apabila penyokong PN membawa replika DAP-Umno

5:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menjadikan sentimen DAP-Umno sebagai naratif utama gabungan itu untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara itu dapat dilihat jelas pada hari penamaan calon PRK kawasan berkenaan.

Katanya, ia dapat dilihat apabila penyokong PN membawa replika logo DAP-Umno.

“Jelas isu DAP jadi naratif utama PN untuk menang. Umno dan PAS tidak sama.

“Umno bukan ahli PH (Pakatan Harapan) macam PAS dalam Pakatan Rakyat. UMNO kekal setia bersama BN (Barisan Nasional),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Umno menyertai pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerajaan tertubuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ia (penyertaan) untuk rakyat dan kestabilan…,” katanya.

Puad berkata, parti pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu kekal dengan pendiriannya dalam bab kalimah Allah, isu boikot dan titah addendum Agong ke-16.

“Bukan macam PAS dalam Pakatan Rakyat dulu. Jilat habis. Pemimpin DAP diiktiraf ada ciri ‘Umar Abdul Aziz’.

“Umno utamakan maslahah tetapi berprinsip,” katanya.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, Pang Sock Tao; PN, Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan Bebas, Nyau Ke Xin.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat barah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 April sebagai hari penamaan calon, manakala 11 Mei sebagai hari pengundian.

Pengundi layak mengundi pada PRK itu adalah seramai 40,226, iaitu 39,362 pengundi biasa, 238 tentera dan pasangan, 625 orang polis serta seorang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara. – 28 April, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related