Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1714390417:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 190
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:115:"Semalam, P Ramasamy memaklumkan Urimai memulakan kempennya dengan menggesa pengundi di Kuala Kubu Baharu menolak PH";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => ramasamy
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Semalam, P Ramasamy memaklumkan Urimai memulakan kempennya dengan menggesa pengundi di Kuala Kubu Baharu menolak PH
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 192452
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1747997777";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748189252";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748189252
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Lancar kempen jangan undi PH, Ramasamy ‘kurang kasih sayang’ kata Fahmi | Scoop

Lancar kempen jangan undi PH, Ramasamy ‘kurang kasih sayang’ kata Fahmi

Semalam, P Ramasamy memaklumkan Urimai memulakan kempennya dengan menggesa pengundi di Kuala Kubu Baharu menolak PH

7:32 PM MYT

 


KUALA KUBU BAHARU – Tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang berkempen dengan menggesa pengundi Kuala Kubu Baharu (KKB) menolak Pakatan Harapan disifatkan sebagai ‘kurang kasih sayang’.

Malah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mencadangkan Ramasamy yang kini merupakan pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) supaya menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Dia kurang kasih sayang. Saya tak pasti parti beliau dah mendaftar atau dah mohon masuk PN, tapi masuklah PN.

“Sebab ramai dalam PN itu saya percaya sayangkan dia,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di sini hari ini.

Ramasamy mengumumkan keluar dari DAP pada Ogos tahun lalu.

Semalam, Ramasamy memaklumkan Urimai memulakan kempennya dengan menggesa pengundi di Kuala Kubu Baharu menolak PH.

Beliau berkata, gesaan itu sebagai pengajaran buat kerajaan persekutuan yang menurutnya tidak menunaikan janji kepada rakyat Malaysia.

Susulan kenyataan itu, Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk R Ramanan berkata, Ramasamy perlu bertanggungjawab sekiranya nasib rakyat di Kuala Kubu Bharu tidak terbela susulan saranannya itu.

Beliau berkata, sekiranya sokongan tidak diberikan kepada calon parti kerajaan, adakah Ramasamy boleh membantu rakyat di Kuala Kubu Baharu terutamanya kaum India.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, bagi meningkatkan sokongan pengundi India, Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa jentera parti itu akan turun membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan.

“Petang ini juga saya bertemu Setiausaha Perhubungan Negeri Barisan Nasional dan mereka ada perbincangan hari ini dan esok untuk pastikan gerak kerja rakan-rakan MIC kekal mantap. Jadi saya nampak usaha adalah baik,” katanya.

Mengulas ‘boikot’ pemimpin PAS, Fahmi berkata ia sesuatu yang agak ‘menarik’ apabila pemimpin PAS berada di Perlis dan tidak mengiringi calon pada penamaan calon Sabtu lalu.

“Setakat hari ini kita tidak melihat mana-mana kepimpinan utama PAS turun berkempen, ini masuk hari ketiga.

“Yang biasa lihat pemimpin utama Bersatu yang banyak bercakap mengenai ketiadaan PAS, ramai pimpinan utama PAS seolah boikot, apa pun saya ucapkan yang terbaik untuk mereka,” katanya. – 29 April, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her tahun of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Joji cancels tomorrow’s Merdeka Hall show due to health reasons

Japanese-Australian singer-songwriter Joji has cancelled three upcoming shows, including the one scheduled for Kuala Lumpur tomorrow, due to health reasons.

Related