Bayi 9 bulan maut didera, empat individu ditahan polis

Dua daripada yang ditahan ialah pengasuh bayi iaitu pasangan suami isteri warga tempatan, dan polis masih mengesan ibu bayi itu yang merupakan warga Vietnam

9:38 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, empat individu yang berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sini pada pukul 10 malam, Khamis.

Beliau berkata, Rabu lalu polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari HSA berhubung seorang bayi perempuan warga asing yang ketika itu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), disyaki akibat didera.

“Bayi itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 3.50 pagi keesokkan harinya, dan hasil bedah siasat mendapati wujud elemen jenayah dalam punca kematian bayi itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, dua daripada yang ditahan ialah pengasuh bayi berkenaan iaitu pasangan suami isteri warga tempatan, dan polis masih berusaha mengesan ibu kepada bayi itu yang merupakan warga Vietnam.

“Kesemua yang ditahan direman selama enam hari bermula Jumaat lepas. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda mkasimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. – 1 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related