Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1714576085:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 246
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 193132
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:125:"Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus pada tahun ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kadar inflasi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus pada tahun ini
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753190275";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753190275
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kerajaan akan terus pantau kadar inflasi susulan kenaikan gaji penjawat awam: PM | Scoop

Kerajaan akan terus pantau kadar inflasi susulan kenaikan gaji penjawat awam: PM

Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus pada tahun ini

9:49 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Kerajaan Madani akan terus memantau kadar inflasi dan impaknya kepada negara susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneliti dari segi pelaksanaan kenaikan gaji tersebut sekali gus memastikan hasil negara meningkat menerusi pemantauan yang lebih kemas.

“Sebab itu kenaikan (inflasi) (dijangka) secara berperingkat pada Disember dan diikuti pada tahun berikutnya. 

“Justeru, kalau (inflasi) naik pun, (ia) dalam keadaaan terkawal kerana seperti yang kita tahu, inflasi di negara kita paling rendah di Asia,” kata beliau pada program ‘Soal Jawab Perdana Menteri’ yang disiarkan oleh semua stesen TV tempatan termasuk Bernama TV hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kebimbangan mengenai kenaikan inflasi dalam negara susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.

Terdahulu, pada sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat Kebangsaan di sini pagi ini, Anwar  mengumumkan kenaikan tersebut, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara dan  melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion. 

Anwar berkata kerajaan akan terus memantau untuk memastikan kenaikan inflasi tidak akan membebankan rakyat.

Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus pada tahun ini, berikutan tekanan kos yang terkawal susulan keadaan bekalan global yang bertambah baik.

Menyentuh mengenai kos sara hidup, Perdana Menteri menafikan rungutan daripada beberapa pihak bahawa kos sara hidup pada masa ini adalah paling tinggi dalam sejarah.

“Itu bohong. Saya pernah dulu mempengerusikan (mesyuarat) berpuluhan tahun yang lepas mengenai pengawalan harga barang selaku Menteri Kewangan ketika itu. Memang kita andaikan setiap tahun sebelum raya, mesti harga ayam naik tetapi kali ini, tidak.

“Kemudian tentang harga sayur dan ikan, kita juga pantau. Ada beberapa yang naik. Saya tidak menafikan tetapi kita pantau,” kata beliau, sambil menambah kos sara hidup di Malaysia masih dikawal baik berbanding Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. 

Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Awani) dan Azaria Tagaya (TV3). – 1 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

‘More Safe Sport Code officers needed as abuse cases rise in Malaysian sports’

Sports analysts warn national sports associations aren’t doing enough to enforce the Safe Sport Code

Related