Saifuddin cabar Wan Fayhsal nyatakan pendirian tolak kenaikan gaji kakitangan awam

Pemimpin PN perlu menyatakan pendirian menyokong atau menolak kenaikan gaji penjawat awam agar mudah buat pengundi PRK Kuala Kubu Baharu membuat keputusan

3:07 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencabar pemimpin pembangkang supaya menyatakan pendirian bahawa mereka tidak bersetuju dengan kenaikan gaji penjawat awam.

Beliau berkata, ini berikutan kenyataan pemimpin pembangkang, terutama Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang secara sinis berkata, pengumuman kenaikan gaji itu tidak memberi sebarang makna.

“Jadi saya nak cakap kat Wan Fayhsal, sila nyatakan pendirian tak setuju dengan pengumuman kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam, sekarang.

“Kita nak tanya dia dan rakan-rakannya, sila nyatakan sekarang bahawa dia tidak setuju dan akan menolak bajet yang memasukkan nanti intipati tentang perkara kenaikan gaji kakitangan awam itu.

“Sekarang masanya, untuk (cakap) bahawa mereka tak akan sokong, jadi senang orang Kuala Kubu Baharu buat keputusan (dalam pilihan raya kecil),” katanya kepada media selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Menteri Dalam Negeri di Maktab Polis di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13% bermula Disember depan.

Saifuddin menyantuni tetamu Ketika hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Baharu, hari ini. – Alif Omar/Scoop, 3 Mei, 2024

Susulan itu, Wan Fayhsal dilaporkan media semalam berkata, kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri tidak memberi sebarang makna disebabkan kenaikan harga barangan ketika ini.

Saifuddin turut menafikan pengumuman kenaikan gaji itu adalah ‘gula-gula’ pilihan raya sebaliknya ia sudah diumumkan sejak setahun yang lalu.

“PRK berlaku sekarang, pengumuman semakan ini dibuat setahun lalu, masa setahun dulu kita tak tahu pun ada kekosongan di sini. Kalau tengok dari segi garis masa, boleh menjawab dengan sendirinya perkara ini,” katanya.

Selain itu Saifuddin berkata, kenaikan gaji itu akan memberi manfaat kepada 142,000 anggota polis beruniform dan juga kumpulan sokongan.

“Mereka antara kelompok besar yang akan menikmati manfaat disebutkan Perdana Menteri itu,” katanya. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related