Kerajaan Perpaduan lancar Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 7 Mei

Pelancaran NACS yang bakal disempurnakan Perdana Menteri akan menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, sekali gus terus meningkatkan usaha pencegahan rasuah

1:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies atau NACS) 2024-2028 yang memfokuskan terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah.

NACS juga bermatlamat meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, NACS akan menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

“NACS akan dirasmikan peluncurannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Mei ini,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, majlis itu akan dihadiri anggota Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha kerajaan negeri.

Turut akan hadir, Ketua Pengarah Persekutuan dan ketua syarikat berkepentingan kerajaan (GLC).

Beliau berkata, peluncuran NACS adalah langkah kerajaan dalam membangunkan suatu strategi pembanterasan rasuah nasional, selari dengan Artikel 5 United Nations Convention Against Corruption (UNCAC).

Katanya, UNCAC menetapkan bahawa semua negara anggota termasuk Malaysia, menghasilkan satu dokumen yang menjadi rujukan utama bagi inisiatif antirasuah di peringkat nasional.

Azam berkata, NACP dikenal pasti sebagai satu daripada faktor tidak langsung yang membantu kejayaan memperbaiki reputasi negara dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2019, dengan menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga ke-51 berbanding kedudukan ke-61 pada 2018.

“Atas faktor ini, NACS dibangunkan dengan memberi penekanan kepada lima strategi utama, iaitu Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasaan dan Insentif,” katanya.

Mengulas lanjut, Azam berkata, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan NACS, satu mekanisme pemantauan menyeluruh akan diwujudkan BPGN SPRM.

Ujarnya, usaha itu menyaksikan Laporan Pemantauan dan Penilaian mengenai NACS akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) dipengerusikan Perdana Menteri, bagi diperakukan sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan Parlimen.

SPRM menerusi BPGN, katanya, bersiap sedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab menyelaraskan pelbagai rancangan di bawah strategi terkandung dalam NACS.

“SPRM meletakkan harapan tinggi bagi mendapatkan kerjasama semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan NACS bagi tempoh lima tahun akan datang, selaras hasrat mencapai aspirasi nasional iaitu Membangun Malaysia Madani,” katanya. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related