Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1715137205:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_5a0192a60b2d0199706e52120ceb4865] => Array
        (
            [0] => 
Pokok tumbang berhampiran Hotel Concorde: Seorang terkorban, 17 kenderaan terjejas
) [_oembed_time_5a0192a60b2d0199706e52120ceb4865] => Array ( [0] => 1715131267 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 626 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 195502 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 14 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99185 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99185 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Susulan itu, Rapid KL akan melencongkan bas-basnya ke Jalan P.Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => pokok tumbang ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Kejadian pokok tumbang di Jalan Raja Chulan, di sini, pagi ini mengakibatkan kesesakan teruk menujuk ke ibu kota. ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 76 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752222407";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1752222407 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) [_wp_old_slug] => Array ( [0] => lagi-kejadian-pokok-tumbang-kali-ini-di-raja-chulan ) )
Lagi kejadian pokok tumbang, kali ini di Jalan Raja Chulan | Scoop

Lagi kejadian pokok tumbang, kali ini di Jalan Raja Chulan

Susulan itu, Rapid KL akan melencongkan bas-basnya ke Jalan P.Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang

9:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian pokok tumbang di Jalan Raja Chulan, di sini, pagi ini mengakibatkan kesesakan teruk menuju ke ibu kota.

Ia merupakan kejadian terbaru melibatkan pokok tumbang di ibu kota selepas insiden semalam yang mengakibatkan seorang pemandu maut akibat ditimpa pokok di Jalan Sultan Ismail.

Dalam pada itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar 7.00 pagi tadi dan tiada laporan kerosakan harta benda serta kemalangan jiwa direkodkan.

“Penutupan jalan sementara dilakukan bagi tujuan kerja – kerja pembersihan jalan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak melalui kawasan tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalulintas,” katanya dalam kenyataan.

Pokok tumbang ini menyebabkan kebimbangan ramai kerana selain kesesakan, mereka risau terlewat ke tempat kerja malah ada yang mencadangkan supaya kerja dari rumah (WFH) dilaksanakan.

“Semua org yang office (pejabat) kat KL tu, mungkin boleh EL (cuti kecemasan) atau WFH je for the rest of the week (minggu ini). Jalan Sultan Ismail tutup lagi hari ini. Tambah pokok tumbang Jalan Raja Chulan pag ini,” kata LyaElyza.

Kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut yang kini menghalang laluan kiri sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Rapid KL memaklumkan bas-basnya akan dilencongkan ke Jalan P.Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang, bagi perjalanan menuju ke Menara Maybank, susulan kejadian pokok tumbang berkenaan.

“Hentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Menara KL, Wisma Budiman, Menara Olympia dan Muzium Telekom,’’ katanya.

Kerja-kerja membaiki stesen monorel giat dijalankan susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail semalam, hingga menjejaskan perkhidmatan Monorel. – Gambar dari akaun X,KLC3, 8 Mei, 2024

Semalam, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap 17 kenderaan, akibat hujan lebat dan angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Mangsa yang terkorban adalah pemandu sebuah kenderaan berusia 47 tahun.

Susulan itu, empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas tersebut.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pihaknya akan melaksanakan perkhidmatan alternatif bagi memastikan kesinambungan perjalanan penumpang bermula pada 6 pagi Rabu ini.

“Empat stesen monorel ditutup kepada orang ramai disebabkan keperluan penutupan bekalan kuasa di landasan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan baik pulih.

“Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi,” menurut kenyataan itu. – 8 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Mangsa sebak lihat rumah didiami seminggu musnah dalam kebakaran

Muhaidi Abd Rahman, 46, berkata rumah berkenaan baru didiami selama seminggu bersama isteri serta anak-anak sebelum ditimpa musibah itu

‘Let the drama begin’, Zarina Anjoulie kata duit ‘Papa’ untuk dia seorang sahaja

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik fotonya bersama bekas tunang yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Alzey atau nama manjanya, 'Papa'

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Related