Nasib tujuh wakil rakyat Bersatu diketahui minggu depan: Hamzah

Buat masa ini keputusan jelas bagi menghentikan keahlian adalah membabitkan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman (antara yang terawal menyokong Perdana Menteri)

8:37 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Bersatu akan menghantar surat secara serentak kepada enam Ahli Parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan seorang Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) berkait status keahlian mereka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat tersebut akan dihantar selepas ia disahkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang akan diadakan minggu depan selepas tamatnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Beliau berkata, buat masa ini keputusan jelas bagi menghentikan keahlian adalah membabitkan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman (antara yang terawal menyokong Perdana Menteri).

“Suhaili yang pertama akan menerima surat (terhenti keahlian) kerana ada perkara tertentu memang telah ada keputusan kita yang hanya nak menunggu pengesahan MPT.

“Dua lagi wakil rakyat Bersatu (Ahli Parlimen Tanjong Karang dan ADUN Selat Kelang) yang berceramah di pentas ceramah PH (di Kuala Kubu Baharu), kalau mengikut perlembagaan kita (Bersatu) secara automatik mereka ini terhenti menjadi ahli Bersatu maka kita akan bawa juga untuk buat pengesahan (di mesyuarat MPT) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri ceramah umum Perikatan Nasional (PN) di Batang Kali malam tadi.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, apabila keahlian terhenti maknanya mereka juga perlu mengosongkan kerusi bagi membuka laluan kepada PRK.

Ditanya sekiranya ada di antara ahli Parlimen terbabit membawa kes ke mahkamah, Hamzah berkata, tindakan itu perkara biasa.

“Bila terhenti (keahlian), mereka nak bawa ke mahkamah itu biasalah,” katanya.

Sebelum ini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu kekal dengan pendirian enam Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal kehilangan kerusi berdasarkan pindaan perlembagaan parti itu yang sudah diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata, nasib keenam-enam mereka akan diketahui tidak lama lagi selepas mesyuarat MPT parti itu yang akan dipengerusikannya dalam masa terdekat.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

ADUN Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – 9 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related