PRK KKB: Kalau calon DAP gagal berkhidmat, kita masuk dia dalam sungai ‘kasi’ buaya makan

“Kalau dia tak berkhidmat baik-baik, tak apa… pilihan raya akan datang kita masuk dia dalam sungai 'kasi' buaya makan. Tapi kalau dia (beri) perkhimatan baik, kita terus beri peluang untuknya terus berkhidmat di KKB."

2:44 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing merayu kepada pengundi Kuala Kubu Baharu (KKB) supaya memberi peluang kepada calon kerajaan dari DAP, Pang Sock Tao sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagaimanapun sempat berseloroh mahu mencampakkan calon DAP ke dalam sungai untuk diberi makan buaya sekiranya dia gagal menjalankan tugasnya sesudah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Saya nak minta semua, saya minta ibu bapa tolong minta anak-anak semua… 11 Mei balik (mengundi), (supaya) bantu Kerajaan Madani, undi calon PH nombor dua.

“Bagi calon kita sekali lagi peluang untuk dia menjalankan tugas, Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu (dimenangi calon DAP) sudah dekat setahun (jalankan tugas). Jadi kali ini kita (teruskan) beri peluang teruskan perkhidmatan.

“Kalau dia (Sock Tao) tak berkhidmat baik-baik, tak apa… pilihan raya akan datang kita masuk dia dalam sungai ‘kasi’ buaya makan. Tapi kalau dia (beri) perkhimatan baik, kita terus beri peluang untuknya terus berkhidmat di KKB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program mesra rakyat bersama Menteri Pelancongan di sini, hari ini.

PRK KKB pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

DUN KKB memiliki seramai 40,226 pengundi berdaftar. – 9 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related