‘Wajib undi orang Islam’ Hadi ingatkan pengundi PRK KKB

Mungkin ada pihak beranggapan apa yang diungkapkannya sebagai pelik, namun kata Hadi dalam Islam ada hukum hakam politik

4:00 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi Kuala Kubu Baharu bahawa memilih pemimpin Islam adalah wajib.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, sebaliknya pihak yang berkata wajib mengundi sesiapa sahaja disifatkannya sebagai mengarut, sesat serta bercanggah dengan al-Quran dan hadis nabi SAW.

“Bagi negara kita Malaysia, untuk memimpin politik mesti orang Melayu Islam. Memilih pemimpin Islam dan membawa mesej Islam adalah wajib.

“Yang kata wajib mengundi sesiapa sahaja itu mengarut, itu ajaran sesat, bercanggah dengan al-Quran dan hadis nabi SAW,” katanya berucap di pentas Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama, Batang Kali malam tadi.

Timbalan Pengerusi PN itu berkata, mungkin ada pihak beranggapan apa yang diungkapkannya sebagai pelik, namun dalam Islam ada hukum hakam politik.

Pada masa sama, beliau memberi peringatan kepada ahli dan penyokong Umno di Selangor agar tidak mengulangi kesilapan kehilangan kuasa politik seperti yang berlaku di Singapura.

“DAP yang lahir dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura adalah parti ekstrem dan melampau yang mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik menyebabkan kekacauan di dalam negara.

“Pada masa kita hendak mencapai kemerdekaan 1957, sebelum itu pilihan raya tahun 1955, yang menang adalah Perikatan Umno, MCA, MIC, PAS menang satu kerusi.

“Berlaku perundingan, dalam perundingan itu kita (PAS) mendesak berdasarkan suasana politik di Malaysia, supaya diletakkan Islam adalah agama Persekutuan, dalam masa yang sama, agama-agama lain diberi hak kebebasan.

“Bila mari parti DAP, parti baharu ini buat kacau, Dap ini dilahirkan parti PAP di Singapura, parti Lee Kuan Yew, pada masa penubuhan Malaysia, Singapura masuk Malaysia, PAP tubuh cawangan di Malaysia.

“DAP mempunyai agenda untuk mendapatkan kuasa politik dengan cara yang halus dan licik,” katanya.

Abdul Hadi berkata, pada tahun 1950-an, timbalan ketua menteri Singapura, adalah Abdul Hamid Jumat yang mengasaskan Umno bahagian Singapura, masih seorang Melayu dari Umno.

“(Kuan Yew) dia merancang, dia masuk pilihan raya dia letak orang Melayu jadi calon, Cina, India jadi calon berkempen dan dia menang pilihan raya di Singapura , dia lantik Yusof Ishak sebagai Presiden Singapura.

“Lantik pegawai Melayu jadi menteri di Singapura, Lee Kuan Yew jadi Ketua Menteri Singapura. Lama kelamaan melalui pendekatan politik ini, kuasa politik Melayu hilang di Singapura.

“Adakah orang Selangor nak rasa macam Singapura? Ini orang Umno kena faham, inilah DAP, mereka mempunyai perancangan yang terang-terang, membawa agenda Malaysian Malaysia, tak ada rupa bangsa, semua bangsa Malaysia, sedangkan bangsa-bangsa ini adalah ciptaan Allah SWT,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas). – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related