Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1715508642:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 168
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 197039
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:152:"Kastam dengan kerjasama Forest City telah meningkatkan kawalan di mana kawasan berisiko dipagar, manakala  jalan keluar masuk hanya melalui kawalan JKDM";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Forest City
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan, video tular memaparkan aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 19
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752500078";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752808564";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:2;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752808564
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
‘Itu video lama, penyelesaian sudah diambil’: Kastam ulas kes seludup arak di Forest City | Scoop

‘Itu video lama, penyelesaian sudah diambil’: Kastam ulas kes seludup arak di Forest City

Kastam dengan kerjasama Forest City telah meningkatkan kawalan di mana kawasan berisiko dipagar, manakala jalan keluar masuk hanya melalui kawalan JKDM

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan, video tular memaparkan aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City, Gelang Patah, Johor baru-baru ini, adalah rakaman lama pada 2021.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, video itu dimuatnaik semula bagi mendapatkan perhatian warganet.

Katanya, sejak pembukaan dan kewujudan kedai bebas cukai di Forest City dari 2018, JKDM ditugaskan berada di pintu keluar, seperti dipersetujui dengan pihak berkenaan, iaitu hanya satu jalan keluar masuk ke Forest City.

“Bagaimanapun, selepas pembangunan pesat dan kediaman mula diduduki di Forest City, JKDM dapati terdapat banyak lorong tikus atau jalan tidak diktiraf untuk keluar masuk ke Forest City.

“Langkah penyelesaian dengan kerjasama pihak Forest City sudah diambil menerusi peningkatan kawalan dengan kawasan berisiko dipagarkan, selain jalan keluar masuk hanya melalui kawalan JKDM,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, video itu sememangnya rakaman lama apabila menunjukkan keadaan luar kedai bebas cukai yang masih menggunakan alat pengesan berwarna jingga.

Langkah penyelesaian dengan kerjasama Forest City sudah diambil menerusi peningkatan kawalan dengan kawasan berisiko dipagar, selain jalan keluar masuk hanya melalui kawalan JKDM. – Gambar ihsan Kastam Johor, 12 Mei, 2024

“Alat pengesan ini sudah ditukar dengan alat pengesan baru berwarna ungu juga membuktikan ia adalah video lama.

“Namun, JKDM yakin keberadaan anggota sebagai kawalan di pintu keluar Forest City sudah diperkasakan untuk membendung kegiatan penyeludupan minuman keras di Forest City,” katanya.

Aminul Izmeer berkata, JKDM sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan berintegriti kepada masyarakat serta pemegang taruh.

“Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial.

“Layari laman sesawang www.customs.gov.my bagi maklumat terkini berkaitan JKDM,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan beberapa lelaki memasukkan berdozen minuman keras ke dalam kenderaan yang didakwa berlaku di kedai bebas cukai di Forest City.

Menerusi video berdurasi 2 minit 23 saat itu, pengguna media sosial yang berkongsikan video berkenaan menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan. – 12 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Without us, there’s no M’sia: Sabah MP fumes over claimed accent discrimination

A Sabah MP pointed out that the recent incident involving a Sabahan food delivery rider and another man was an example of how youths from the state are facing alleged discrimination.

Another judge recuses self from Najib’s appeal against ex-AG Tommy Thomas

Husband of Court of Appeal judge previously worked for PwC and was involved in asset recovery and debt management for 1MDB

Mengapa bil elektrik melonjak naik? Ini sebabnya…

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, industri tenaga di seluruh dunia berdepan dengan cabaran satu demi satu gangguan dan juga krisis. 

Related