Suspek keenam ditahan, persaingan perniagaan punca pusat hiburan dibaling bom petrol

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menolak dakwaan kesemua suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan suspek keenam yang disyaki terlibat dalam insiden membaling bom petrol atau molotov cocktail di sebuah pusat hiburan dekat Jalan Yap Kwan Seng di sini, awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, persaingan perniagaan adalah punca utama pusat hiburan itu menjadi sasaran dan suspek mungkin diupah dalang utama kejadian berkenaan.

Malah, beliau menolak dakwaan kesemua suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

“Ini kes terpencil iaitu perselisihan antara ahli perniagaan.

“Setakat ini, keseluruhan tangkapan ada enam suspek. Kita masih mengesan dua lagi individu yang masih bebas,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Sebelum ini, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman media sosial yang memaparkan empat individu menaiki dua motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan terbabit.

Polis sudah mengambil keterangan pemilik premis dan pengurus pusat hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – 15 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related