Artis veteran jadi keutamaan buat ‘show’ pada program Kementerian Komunikasi: Fahmi

Menurut Menteri Komunikasi, pendekatan menyantuni bakat-bakat seni veteran itu dilaksanakan bagi memastikan mereka tidak berasa terasing

12:44 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan untuk memastikan golongan berkenaan dapat terus berkarya.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa telah dimaklumkan bagi melaksanakan pendekatan itu, selain ia turut disarankan untuk dilaksanakan di peringkat agensi dan jabatan di bawah kementerian.

“Sebarang majlis anjuran Kementerian Komunikasi yang memerlukan kehadiran artis luar, perlu mengutamakan artis veteran… sila pertimbangkan dan beri peluang artis veteran terus tabur bakti kepada negara dan beri mereka peluang selain (ia) menggalakkan mereka berkarya.

“Inisiatif ini dapat meringankan beban artis veteran yang sering kali kita lihat menempuh hari-hari sukar dan mencabar, usaha ini bersesuaian dengan inisiatif kementerian yang akan sentiasa menyantuni masyarakat, khususnya mereka yang pernah menghiburkan kita pada satu masa dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini.

Fahmi berkata, pendekatan menyantuni bakat-bakat seni veteran itu dilaksanakan bagi memastikan mereka tidak berasa terasing.

“Saya nak kita beri peluang artis veteran kita… sebab sering kali kita jemput yang muda dan kacak, yang veteran juga ada masih kacak dan ia tidak jadi masalah,” katanya dan menambah, pendekatan itu selaras tanggungjawab kementerian terhadap industri kreatif negara.

Sementara itu beliau berkata, penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital, yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital pada 12 Disember lepas telah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

“Walaupun terdapat perubahan portfolio, tugas dan peranan yang dipikul adalah masih sama iaitu bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat masih pada tahap tertinggi. Kita sentiasa bekerjasama dalam tugasan tertentu melalui kolaborasi strategik yang berkesan.

“Justeru kita perlu memainkan peranan ini dengan penuh dedikasi dan amanah. Jika perkhidmatan awam perlu bekerjasama dengan pihak swasta dalam usaha memajukan negara, maka laksanakanlah,” katanya. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related