Resit pelanggan hina Islam disiasat, 5 laporan diterima setakat ini

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat dakwaan seorang pelanggan restoran makanan segera di Kenari Avenue, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang disyaki menghina Islam menerusi ayat yang ditulis pada nota pesanan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kes itu pada jam 8.46 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan yang diterima semalam pada jam 3.05 petang melalui aplikasi ‘Dominos’ yang mempunyai perkataan menghina di bahagian nota pesanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamarul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarul dipetik Sinar Harian sebagai mengesahkan, menerima lima laporan berhubung isu resit tersebut.

Bagaimanapun, katanya, belum ada sebarangan tangkapan dilakukan setakat ini.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar resit dikeluarkan oleh sebuah premis menjual piza dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum) di ruangan ‘remark’ atau nota oleh seorang individu yang memesan makanan tersebut.

Pelanggan tersebut didapati menulis perkataan menghina Islam dalam bahasa Inggeris.

Tindakan itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang mengecam premis berkenaan kerana pada awalnya salah faham menyangka ia perbuatan premis menjual piza tersebut.

Ruangan ‘remark’ disediakan kepada pelanggan untuk menulis pesanan khas kepada premis berhubung makanan yang dibeli mereka.

Sementara itu, Domino’s Pizza Malaysia menerusi satu kenyataan menafikan resit tersebut dikeluarkan kakitangannya di cawangan Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sebaliknya, Domino’s menjelaskan ayat pada resit itu sebenarnya ditulis di ruangan nota (remark) oleh pelanggan yang membuat pesanan secara atas talian.

“Bagaimanapun selepas beberapa jam, pekerja cawangan terbabit mendapati pelanggan tersebut tidak muncul untuk mengambil pesanan berkenaan dan bayaran masih belum dijelaskan.

“Akhirnya pesanan tersebut dilupuskan kerana tiada tuntutan dari pelanggan,” katanya. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related