Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1715852128:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 241
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 198326
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:158:"Kumpulan murid yang terpaksa duduk di lantai itu adalah mereka yang ditempatkan di kelas tambahan baru dibuka susulan pertambahan pelajar di sekolah berkenaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Akmal Saleh
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) akan menyelesaikan segera isu ketiadaan kerusi dan meja membabitkan murid Tahun Tiga di sebuah sekolah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 50
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749986237";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:11;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749986237
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Murid belajar di lantai: Jaim akan selesai segera isu ketiadaan kerusi, meja | Scoop

Murid belajar di lantai: Jaim akan selesai segera isu ketiadaan kerusi, meja

Kumpulan murid yang terpaksa duduk di lantai itu adalah mereka yang ditempatkan di kelas tambahan baru dibuka susulan pertambahan pelajar di sekolah berkenaan

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) akan menyelesaikan segera isu ketiadaan kerusi dan meja membabitkan murid Tahun Tiga di sebuah sekolah rendah agama di Jasin, sehingga mereka didakwa terpaksa belajar di atas lantai.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, beliau maklum mengenai perkara itu dan kelulusan bagi mendapatkan kelengkapan perabot sudah dikeluarkan.

Katanya, tender dikeluarkan untuk kemudahan kerusi dan meja dibuat bagi semua sekolah di negeri berkenaan, bukan hanya kepada sekolah dilaporkan berdepan isu itu.

“Sebagai makluman juga, murid terpaksa duduk di lantai itu adalah murid ditempatkan di kelas tambahan yang baru dibuka.

“Keseluruhan ada 21 kelas di sekolah itu dan semuanya lengkap dengan perabot.

“Namun terdapat pertambahan murid jadi kelas baharu terpaksa dibuka,” katanya seperti dilaporkan Melaka Hari Ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek itu berkata, dakwaan bahawa murid terbabit terpaksa belajar tanpa meja dan kerusi sejak lima bulan lalu, tidak tepat kerana sesi persekolahan bermula Mac.

“Bukan lima bulan kerana sesi persekolahan bermula Mac.

“Kebajikan murid adalah keutamaan dan fokus kami, selain menjadi tanggungjawab menyediakan suasana selesa serta kondusif,” katanya.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman menjelaskan, isu murid terpaksa duduk di lantai yang tular di media sosial adalah mereka yang ditempatkan di kelas tambahan yang baru dibuka. – Gambar Facebook, 16 Mei, 2024

Terdahulu, Adun Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh mempertikaikan dan berang dengan pengurusan Jaim, selepas gagal menyediakan kerusi dan meja untuk 34 pelajar sebuah sekolah agama di negeri berkenaan yang didakwa sejak awal tahun ini, sehingga menyebabkan mereka terpaksa belajar di lantai.

Menyifatkan masalah berkenaan berpunca daripada amalan birokrasi, beliau berkata, situasi terbabit sangat tidak boleh diterimanya.

Ujarnya, ia memandangkan peruntukan untuk pembelian kemudahan itu, sudah diluluskan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka sejak Disember tahun lalu.

“Tidak boleh saya terima apabila anak-anak kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja dan kerusi.

“Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya,” katanya menerusi video dikongsikan di Facebook.

Menerusi video itu, dipaparkan Dr Muhamad Akmal terdahulu menjenguk pelajar di kelas terbabit yang memperlihatkan mereka duduk di atas lantai, sebelum bertanya khabar dan menyoal berapa lama terpaksa belajar dalam keadaan berkenaan.

“Daripada masuk sekolah duduk kat bawah ni? Alahai sedihnya hati saya dengar ni ha,” katanya selepas menerima maklum balas daripada kumpulan pelajar itu. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related