Anwar ucap tahniah pelantikan Lawrence, pelawa lawat Malaysia

Katanya, beliau dan pemimpin itu senada untuk memberi komitmen dan bekerjasama rapat, selain meneruskan perbincangan mengenai perkara berkepentingan bersama

8:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong yang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu republik itu.

Ucapan berkenaan dibuat Perdana Menteri menerusi panggilan telefon bersama Lawrence semalam.

“Sekalung tahniah kepada Lawrence Wong di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri baharu Singapura.

“Saya sempat sampaikan perkara tersebut menerusi panggilan telefon kepadanya hari ini sambil menyampaikan jemputan untuk melawat Malaysia secepat mungkin,” katanya menerusi Facebook tengah malam tadi.

Anwar berkata, Lawrence turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

“Kami senada untuk memberi komitmen dan bekerjasama rapat, selain meneruskan perbincangan mengenai perkara berkepentingan bersama,” katanya.

Terdahulu, Lawrence dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura kelmarin, bagi menggantikan Lee Hsien Loong, 72.

Hsien Loong menamatkan perkhidmatannya selepas memegang jawatan terbabit dua dekad, iaitu bermula 2004.

Sebelum itu, Lawrence, 51, memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Lawrence, iaitu ahli ekonomi berpendidikan dari Amerika Syarikat (AS), dikenali sebagai ahli media sosial yang bijak menangani krisis COVID-19. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related