Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1715952810:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 205
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 198774
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:110:"Terdapat kira-kira 10 rumah lain berada di dalam penempatan itu yang juga terpapar papan tanda larangan masuk";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Jemaah Islamiyah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi yang turut mengorbankan dua anggota polis
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 46
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748422906";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748080706";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748422906
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Suspek serangan balai polis, keluarga tidak bercampur dengan penduduk setempat | Scoop

Suspek serangan balai polis, keluarga tidak bercampur dengan penduduk setempat

Terdapat kira-kira 10 rumah lain berada di dalam penempatan itu yang juga terpapar papan tanda larangan masuk

9:32 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi yang turut mengorbankan dua anggota polis, dikatakan tidak bercampur dan mengasingkan diri daripada penduduk setempat.

Tinjauan Bernama di rumah keluarga suspek terbabit di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai polis itu, mendapati kediaman suspek yang dilaporkan ahli kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) itu berada di dalam kawasan berpagar.

Dianggarkan, terdapat kira-kira 10 rumah lain berada di dalam penempatan itu yang juga terpapar papan tanda larangan masuk, selain terletak tidak jauh dari Madrasah Luqmanul Hakim yang pernah menjadi tempat berkumpulnya pemimpin-pemimpin kumpulan pengganas JI suatu ketika dahulu.

Seorang penduduk di kampung itu, Fauzi Faizal, 39, berkata suspek yang difahamkan mempunyai empat beradik tidak bersekolah dan dididik oleh bapanya yang juga merupakan ahli JI, sebagaimana dikatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang medianya hari ini.

“Dipercayai mereka adik-beradik (suspek) tidak mendapat pendidikan formal dan dididik oleh bapa sendiri, berkemungkinan dengan ajaran yang ekstremis,” kata Fauzi yang merupakan anak jati kampung itu.

Fauzi yang juga Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tiram berkata penempatan kediaman suspek itu dipercayai telah wujud lebih 20 tahun lepas dan didiami beberapa keluarga lain, selain terletak agak terpencil dari rumah penduduk yang lain.

Penduduk yang mendiami penempatan itu turut mengasingkan diri dan tidak bercampur dengan penduduk sekitar, katanya.

Fauzi berkata kejadian serangan itu amat mengejutkan dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan tentang keselamatan mereka, namun kecekapan pihak polis diyakini dapat mengawal keselamatan dan ketenteraman penduduk.

Senada dengan Fauzi, Ketua Kampung Ulu Tiram Shazrul Idham Abd Aziz, 41, turut berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian serangan itu dengan sebaik-baiknya.

“Kejadian ini merisaukan penduduk khususnya, tetapi saya yakin polis akan ambil tindakan dan siasat untuk menjaga keamanan dan keharmonian penduduk kampung,” katanya.

Dalam kejadian serangan yang berlaku pada 2.45 pagi tadi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli JI dan serbuan telah dilakukan ke rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Penyasaran subsidi diesel, kepengerusian Asean antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Penyasaran subsidi diesel dan kepengerusian ASEAN antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Related