Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1716166764:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_e00be4dba50c55bdc8c2f070791f299f] => Array
        (
            [0] => 
7 wakil rakyat Bersatu kena jawab surat dalam 14 hari, tegas Hamzah
) [_oembed_time_e00be4dba50c55bdc8c2f070791f299f] => Array ( [0] => 1716103951 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 174 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 199198 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 13 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:137:"Suhaili berkata, beliau mahu melihat apa tindakan yang akan diambil oleh Bersatu selepas tempoh 14 hari bagi menjawab surat itu berakhir.";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Surat Bersatu ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengikut jejak Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 67 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749464664";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749585422";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1749585422 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 2 ) [_stopmodifiedupdate] => Array ( [0] => 1 ) [_modified_date] => Array ( [0] => ) [footnotes] => Array ( [0] => ) )
'Kita akan tunggu apa tindakan mereka' Suhaili enggan jawab surat Bersatu | Scoop

‘Kita akan tunggu apa tindakan mereka’ Suhaili enggan jawab surat Bersatu

Suhaili berkata, beliau mahu melihat apa tindakan yang akan diambil oleh Bersatu selepas tempoh 14 hari bagi menjawab surat itu berakhir.

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengikut jejak Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal untuk tidak menjawab ‘surat arahan’ daripada pucuk pimpinan Bersatu berhubung pendirian mereka menyokong Perdana Menteri.

Malah Suhaili berkata, beliau mahu melihat apa tindakan yang akan diambil oleh Bersatu selepas tempoh 14 hari bagi menjawab surat itu berakhir.

“Kita nak tunggu apa tindakan mereka (selepas 14 hari) dan jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) pun, saya akan turun bertanding.

“Saya tidak ada sebab nak jawab (surat itu), sebab saya telah dipecat, jadi buat apa nak jawab,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau menerima surat berkenaan menerusi emel dan Whatsapp dua hari lalu.

Semalam Syed Hussin memaklumkan beliau tidak akan menjawab surat berkenaan kerana ia ‘tidak ada makna’, sementara Adun Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari memaklumkan sehingga semalam beliau masih belum menerima surat terbabit.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah menghantar surat mengandungi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada tujuh wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Adun Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Hamzah berkata, jika mereka gagal menjawab surat itu dalam masa 14 hari, ia akan menyebabkan keahlian dalam parti terhenti dengan serta merta mengikut fasal 10 (4) perlembagaan Bersatu.

Dalam pada itu, Suhaili turut berkongsi surat arahan berkenaan dengan Scoop, dengan antara kandungan surat tersebut ialah mereka perlu menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti dan menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Meraka juga diminta memulis surat kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk mengubah kedudukan kerusi di dalam Dewan Rakyat dan kembali ke blok pembangkang.

Semua wakil rakyat terbabit juga menandatangi surat akujanji atau bai’ah seperti arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan memastikan tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan serta hanya menyokong calon yang ditentukan MPT sahaja. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related