Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1716182803:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 258
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 199507
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:130:"Mereka sekeluarga akan mendapatkan perkembangan terkini berhubung tarikh sebutan dan juga hari perbicaraan melalui peguam dilantik";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => bella
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => %%excerpt%% Mereka sekeluarga akan mendapatkan perkembangan terkini berhubung tarikh sebutan dan juga hari perbicaraan melalui peguam dilantik
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750994343";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:18;i:1;i:3;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750994343
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Keluarga lega kes bunuh Bella dipindah ke Mahkamah Tinggi, ‘perjuangan kami belum selesai’ | Scoop

Keluarga lega kes bunuh Bella dipindah ke Mahkamah Tinggi, ‘perjuangan kami belum selesai’

Mereka sekeluarga akan mendapatkan perkembangan terkini berhubung tarikh sebutan dan juga hari perbicaraan melalui peguam dilantik

1:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kakak kepada Bella, Norisham Samsusah menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini memerintahkan kes pembunuhan adiknya, Mila Sharmila, 32, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.

Menurutnya, selepas ini, mereka sekeluarga akan mendapatkan perkembangan terkini berhubung tarikh sebutan dan juga hari perbicaraan melalui peguam dilantiknya.

“Inilah detik yang kami sekeluarga nanti-nantikan. Kami gembira walaupun pada mulanya ada rasa gementar menanti keputusan dibuat oleh mahkamah.

“Hari ini, saya diarahkan oleh keluarga untuk hadir mendengar prosiding ini dan ia amat menggembirakan kami,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat, hari ini.

Terdahulu, Norisham atau mesra disapa sebagai Ayu yang hadir ke mahkamah bersama keluarga terdekat kelihatan tenang selepas keputusan memindahkan kes terbabit diputuskan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengulas lanjut, Norisham berkata, mereka sentiasa mengikuti perkembangan kes membabitkan adiknya itu sejak ia mula disebut awal tahun ini.

Katanya, walaupun perjalanan kes itu masih jauh, mereka akan tetap berjuang demi menuntut keadilan buat arwah adiknya.

Dalam pada itu, peguam pemerhati keluarga Bella, Tun Laila Tun Rafaee berkata, arahan itu disifatkan sebagai berita baik buat anak guamnya selepas beberapa kali tertangguh.

Menurutnya, tindakan seterusnya ialah pihaknya akan mengikuti perkembangan serta prosedur yang diputuskan oleh mahkamah tinggi.

“Selaku peguam pemerhati mewakili keluarga mangsa, mereka tidak akan mengganggu sepanjang kes ini berlangsung,” katanya.

Seorang bekas posmen, Mohammad Haikal Mahfuz didakwa membunuh Bella antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah sewa terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Kejadian pada jam 11 malam hingga 5 pagi, antara 14 hingga 15 Disember tahun lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Bella yang juga ibu tunggal dua anak dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sewanya di Taman Soga, di sini, pada malam 14 Disember lalu. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related