Boleh kritik kerajaan tapi ada had dalam isu 3R: PM

Anwar berkata, dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui walaupun kritikan terhadap kerajaan dibenarkan di negara ini, terdapat had kepada kebebasan media terutama berkaitan isu 3R (kaum, agama dan raja).

Anwar berkata, dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.

“Tidak kisahlah sama ada kita diturunkan (kedudukan dalam indeks kebebasan media), tetapi apa yang penting ialah kritikan dibenarkan.

“Isunya ialah apabila anda menyentuh isu 3R, mengutuk kaum, agama, mengajak dan menghasut melakukan rusuhan, kita tidak boleh ada perkara itu dalam negara kami,” katanya ketika ditemu bual penyampai Al Jazeera Sami Zeidan dalam program ‘Talk To Al Jazeera’ pada Ahad.

Anwar berkata demikian mengulas mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, yang menunjukkan kejatuhan signifikan 34 anak tangga daripada 73 ke 107 dalam tempoh setahun.

Namun Anwar berkata, di bawah pentadbirannya, kerajaan tidak pernah menahan mana-mana wartawan atau mengharamkan mana-mana suratkhabar di negara ini kerana mengkritik kerajaan.

Mengenai dakwaan yang mengatakan penglibatan Yang di-Pertuan Agong dalam cadangan penubuhan kasino di Johor misalnya, Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang menyentuh institusi raja Melayu kerana ia boleh memberikan kesan signifikan terhadap sentimen orang ramai, yang berpotensi mewujudkan keadaan tidak baik.

“Pertamanya, kerana ia suatu fitnah dan keduanya, anda menyentuh Perlembagaan (Persekutuan)…Ia secara faktanya salah…tidak ada sebarang cadangan untuk membuka kasino baharu,” katanya.

Sebelum ini, Anwar juga menafikan laporan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan lesen untuk sebuah kasino bagi memulihkan semula Forest City di Johor.

Ketika ditanya tentang kritikan mengenai usaha reformasi ekonomi dan demokrasi kerajaan yang dilihat perlahan selain penyiasatan kes rasuah berprofil tinggi sejak beliau memegang jawatan, Anwar berkata, cubaan untuk membetulkan perkara yang telah berdekad-dekad berlaku dalam tempoh satu tahun setengah memegang jawatan, merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Kita telah melihat usaha yang sama sebelum ini, walaupun pada pengalaman Eropah Timur, di mana negara yang anda kenali, bersikap gung ho mengenai reformasi pantas yang mendatangkan bencana kepada ekonomi dan persediaan politik. Dalam kes kami, bertentangan dengan penerapan atau dakwaan oleh pihak pembangkang, perkara yang paling penting ialah tadbir urus.

“Apa yang kami berjaya lakukan adalah untuk memeriksa penyalahgunaan (kuasa) oleh pemimpin, anggota Kabinet daripada membazirkan kekayaan melalui rundingan terus, melalui tender berjumlah berbilion-bilion. Kami telah hentikannya,” katanya. – 21 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related