7 wakil rakyat Bersatu ada masa hingga Khamis untuk jawab surat atau keahlian parti terlucut

Selepas tempoh itu, parti akan menghantar surat pemakluman termasuk cadangan mengosongkan kerusi yang terbabit kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Bersatu sekali lagi menegaskan keahlian tujuh wakil rakyat parti itu yang menyokong Kerajaan Perpaduan akan terlucut sekiranya mereka gagal menjawab surat arahan dalam tempoh 14 hari yang diberikan.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, selepas itu parti akan menghantar surat pemakluman termasuk cadangan mengosongkan kerusi yang terbabit kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Mereka mempunyai tempoh sehingga Khamis depan untuk menjawab surat mengenai status sokongan mereka.

“Setakat ini, enam Ahli Parlimen dan Adun yang berpaling tadah belum menjawab surat yang pasti sudah diterima mereka, kita tunggu sehingga tarikh akhir itu,” katanya kepada Scoop.

Jumaat minggu lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah menghantar surat mengandungi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada tujuh wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Adun Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Razali memberitahu, pimpinan tertinggi Bersatu sudah menganggap kerusi Parlimen dan DUN diwakili tujuh wakil rakyat itu sudah kosong sejak mereka mengumumkan menyokong kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Malah, katanya, seluruh kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu sudah bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak pindaan perlembagaan parti diluluskan.

“Kita sudah bersiap sedia sejak tujuh wakil rakyat itu mengisytiharkan menyokong Anwar dan kerajaan PH untuk hadapi PRK,” katanya. – 24 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related