Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1716601034:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 201354
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:150:"Jenazah Allahyarham yang juga ibu kepada empat orang anak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar, Kampung Tengah di Pokok Sena";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Jenazah anggota Malaysian Battalion(Malbatt) 850 Siri 11 (850-11), bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 248
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749443683";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749443683
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Sarjan Faridah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Jenazah Sarjan Faridah diterbangkan ke Kedah | Scoop

Jenazah Sarjan Faridah diterbangkan ke Kedah

Jenazah Allahyarham yang juga ibu kepada empat orang anak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar, Kampung Tengah di Pokok Sena

9:36 AM MYT

 

SUBANG – Jenazah anggota Malaysian Battalion(Malbatt) 850 Siri 11 (850-11), bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil), Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan, diterbangkan ke kampung halamannya di Kedah pada 7.04 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham diterbangkan menggunakan pesawat C130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar, Kampung Tengah, di Pokok Sena, Kedah.

Terdahulu jenazah diterbangkan menggunakan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Rafik Hariri, Beirut pada 12.05 tengah hari waktu Lubnan (5.05 petang waktu Malaysia) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 malam semalam.

Jenazah Allahyarham yang juga ibu kepada empat orang anak itu kemudiannya dibawa ke Pangkalan Udara Subang di sini pada 4.56 pagi tadi.

Lebih 800 pegawai dan anggota ATM termasuk Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menyertai solat jenazah yang diadakan di Masjid Al Muhajirin, Pangkalan Udara Subang.

Sebaik sahaja selesai solat jenazah yang dipimpin Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Datuk Mohd Rashidi Bujai, jenazah diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan.

Pada 19 Mei lalu, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah, 39, meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia selepas dilaporkan rebah ketika turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan dari bercuti selama sebulan di Malaysia.

Bedah siasat di Hospital Hammoud, Saida, Lubnan mengesahkan punca kematian Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Malbatt 850-11 di Kem Marakah, itu adalah akibat serangan jantung. – 25 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related