Cuti sekolah, kemalangan antara punca aliran trafik perlahan

Antara lebuh raya yang mengalami aliran trafik perlahan adalah di Tapah ke Gopeng, Gombak ke Bukit Tinggi, Sungai Buloh ke R&R Rawang dan Genting Sempah selepas terowong

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Musim cuti persekolahan yang bermula hari ini menyebabkan pertambahan kenderaan di jalan raya, sekali gus menyumbang kepada kesesakan di beberapa lebuh raya utama.

Selain itu, kemalangan dan kenderaan rosak di lebuh raya turut menyebabkan aliran trafik perlahan.

Plustrafik menerusi aplikasi X memaklumkan antara lebuh raya yang mengalami aliran trafik perlahan adalah di Tapah ke Gopeng, Gombak ke Bukit Tinggi, dari Sungai Buloh ke R&R Rawang dan Genting Sempah selepas terowong juga dilaporkan perlahan.

Pada pukul 4 petang tadi, Plustrafik juga melaporkan berlaku kesesakan di Jambatan Pulau Pinang dari Pulau ke Perai, dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna jalan raya.

Selain pertambahan kenderaan, beberapa kemalangan serta kenderaan rosak termasuk lori dan bas turut menyumbang kepada kesesakan.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi aplikasi X turut menitipkan pesanan kepada pengguna jalan raya.

“Jangan memandu ikut emosi. Sama-sama kita bertoleransi. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju,’’ tulis LLM.

Sementara itu, Astro Radio Trafic menerusi media sosialnya memaklumkan kesesakan turut berlaku di tempat peranginan Cameron Highlans selama sejam di antara Tringkap dan Tanah Rata menuju ke Kea Farm.

Sementara insiden lori rosak di Jambatan Pulau Pinang di KM 5.6 arah Tmur dari pulau menuju ke Perai sejak 1.42 petang tadi berjaya dialihkan dan kini aliran trafik di atas jambatan kembali lancar.

Cuti persekolahan bagi Kumpulan B iaitu Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan dan Selangor bermula hari ini.

Manakala Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah bermula semalam. – 25 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related