Polis lengkapkan siasatan murid darjah 5 didenda berjemur di padang ketika cuaca panas

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kertas siasatan mengenai kes itu telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian lanjut

9:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan siasatan mengenai kes video tular seorang wanita yang tidak berpuas hati anaknya didenda guru sebuah sekolah di Ampang, Selangor dengan berdiri di kawasan padang ketika cuaca panas selama lebih dua jam.

Wanita berusia 34 tahun itu menyatakan pada 30 April lalu, kira-kira jam 1.20 petang, anak lelakinya yang berusia 11 tahun mengadu didenda sedemikian dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, mangsa mengalami ‘heat exhaustion’.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, kertas siasatan mengenai kes itu telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian lanjut.

“Siasatan mendapati suspek yang merupakan guru lelaki sekolah itu, berusia 37 tahun, telah memberi hukuman denda berdiri kepada mangsa bersama tiga lagi rakan mangsa yang lain selama 10 minit.

“Kita telah lengkapkan siasatan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam memberitahu, sebuah video telah ditularkan di media sosial semalam di mana ibu mangsa yang juga pengadu dalam kes ini bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan tidak berpuas hati berkenaan siasatan dan cara pengendalian kes ini.

“Walau bagaimanapun, setakat ini tiada aduan rasmi diterima daripada mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata, namun begitu kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembunagan atau penderaan kanak-kanak.

“Hukuman Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 hendaklah dihukum dengan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau dengan kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu ibu mangsa mendakwa anaknya itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas didenda berjemur di padang sekolah. – 25 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related