KPM kesan calon tercicir, beri peluang daftar SPM ulangan: Fadhlina

Walaupun kehadiran calon menduduki peperiksaan mencatatkan 373,525 orang iaitu 97.4%, namun Kementerian Pendidikan tetap mengambil perhatian berkenaan pelajar yang tercicir

9:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengesanan calon tercicir dan memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara ulangan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, itu antara langkah segera diambil KPM berhubung calon tercicir atau tidak hadir peperiksaan SPM 2023.

Menurutnya, dari segi kehadiran, seramai 373,525 calon (97.4%) menduduki peperiksaan SPM 2023, manakala jumlah calon tidak hadir berjaya dikurangkan sebanyak 1.2% berbanding tahun lalu.

“Pencapaian ini adalah hasil intervensi yang dilaksanakan di setiap peringkat melibatkan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah.

“Bagaimanapun, KPM tetap mengambil perhatian berkenaan calon tercicir atau tidak hadir peperiksaan SPM 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, intervensi sama bagi mengesan calon tercicir dilaksanakan pada tahun lalu dan berjaya membuahkan hasil positif.

Malah katanya, KPM optimis keputusan membanggakan SPM 2023 adalah pemangkin dalam usaha berterusan mereformasikan pendidikan negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan sebelum itu mendedahkan seramai 10,160 pelajar tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM 2023.

“Tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM 2023, guru dan seluruh warga KPM yang berusaha keras memastikan peningkatan prestasi secara keseluruhan,” katanya.

Lebih ramai calon SPM 2023 memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. – Gambar Bernama, 27 Mei, 2024

Keputusan SPM 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

Tahun ini peratus calon layak menerima sijil SPM adalah seramai 349,297 calon bersamaan 93.5% berbanding 342,742 calon atau 91.6% pada 2022.

Seramai 373,525 calon menduduki SPM 2023, berbanding 373,974 pada 2022. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related