7 kawasan Lembah Klang bakal alami gangguan bekalan air selama 3 hari mulai 5 Jun

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air

6:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengguna di tujuh wilayah di Lembah Klang diminta bersedia menghadapi gangguan bekalan air selama tiga hari mulai 5 Jun ini dengan waktu pemulihan penuh bagi kawasan terlibat dijangkakan pada 12 tengah hari, dua hari kemudian.

Air Selangor ketika mengulangi gesaan kepada pengguna di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor supaya menyimpan air secukupnya berkata, gangguan air akan bermula pada 9 pagi, Rabu ini.

“Air Selangor ingin mengingatkan pengguna mengenai pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

“Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Air Selangor, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20% pada 3 petang Khamis diikuti 90% pada 3 pagi, keesokannya.

Menurut kenyataan itu lagi, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.

Air Selangor turut memaklumkan, bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah terjejas.

Katanya, bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estate (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang) serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat menerusi saluran komunikasi di media sosial atau aplikasi Air Selangor atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com,” katanya. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related