Pasangan ‘beraksi’ tak bermoral dalam kereta di kawasan masjid dikutuk, ‘hina betullah, memalukan’

Segelintir netizen bersetuju dengan tindakan perakam menegur pasangan itu, namun beranggapan tidak sepatutnya ia ditularkan kerana memberi imej buruk dan mengaibkan pemilik kenderaan serta pelaku

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sudahlah didakwa berkelakuan tidak bermoral dan berasmara di dalam kereta, mereka sanggup melakukan perbuatan itu di kawasan masjid.

Itu dikatakan tindakan dua individu dipercayai kekasih yang dirakam seorang lelaki sebelum ia tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, lelaki terbabit yang berpayung kerana hujan, menghampiri kereta sebelum menegur perbuatan pasangan berkenaan.

“Woi turun tingkap kau, hah tu plat dia, ‘beromen’ dalam (kawasan) masjid bodoh budak ni beromen dalam masjid,” kata individu terbabit geram.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu terus segera ‘melarikan diri’ dengan memandu keluar dari kawasan masjid.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan itu yang dianggap tidak senonoh, ‘bodoh’ dan memalukan.

Ada netizen menyifatkan perbuatan pasangan terbabit sebagai tidak menghormati masjid, malah memuji tindakan lelaki berkenaan yang menegur.

“Bagus bang serbu orang beromen dalam kawasan masjid, nanti ada lah tu yang backup (pertahankan) cakap tak baik sebar aib orang,” kata pengguna akaun media sosial.

“Bodohlah…dalam kawasan masjid pula tu, memang manusia bila nafsu tak dapat control (kawal) macam ni lah,” tulis zan.

“Macam mana lah kalau tu kereta ayah atau emaknya, kena jenis kaki fitnah, tak psal mak ayah dapat nama pula,” komen pengguna lain.

“Alhamdulillah abang yang serbu budak beromen dalam kereta ni dapat pahala, mencegah budak-budak buat perkara tak senonoh dalam kawasan masjid,” menurut Norlela.

“Hina betul buat dalam kawasan masjid,” kata HeylmmaHere.

“Apa benda lah perangai tak bermoral, lagi-lagi buat dalam kawasan masjid, memang memalukan,” ujar netizen lain.

“Semakin tak ada akhlak segelintir orang kita sekarang,” tegur Pungguk.

Manakala, segelintir netizen bersetuju tindakan lelaki itu menegur pasangan terbabit, tetapi beranggapan rakaman video tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial kerana memberi imej buruk kepada pemilik kenderaan dan mengaibkan pelaku, terutama nombor pendaftarannya jelas kelihatan.

“Dosa itu antara mereka (pelaku) dengan Tuhan dan tanggungjawab komuniti untuk cegah dan nasihat, kita tak perlu sebar segala detail (perincian) peribadi pelaku walaupun untuk tujuan pengajaran sebab ia membawa kepada mudarat lain, malu buat pemilik kereta, malu anak muda tersebut yang berpanjangan,” kata Albeit Lewd.

“Still (tetap) tak setuju nak viralkan, tegur je lah baik-baik kan boleh,” ujar Khaleeda Azmi.

“Serbu yes (ya) bagus, sangat bagus, tapi bila kau upload (muatnaik) tu yang jadi tak best, tak pasal-pasal tuan punya kereta terpalit sekali…” kata seorang individu. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related